Kebanjiran warga Afrika di Malaysia dilihat banyak mendatangkan masalah terutamanya dari aspek keselamatan diri apabila ada sebahagian mereka bertindak menipu, mengugut malah turut menganggu gadis tempatan.
Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pihaknya menerima banyak aduan berkaitan masalah-masalah tersebut dari masyarakat Malaysia.
Memetik kenyataannya dalam satu siaran media, kebanyakan warga Afrika berjaya masuk ke Malaysia melalui visa pelajar, namun ada antara mereka yang tidak menghabiskan pengajian dan memilih untuk menjalankan aktiviti penipuan seperti black money, Internet scamming serta penipuan harta dan wasiat.
Lebih parah lagi, golongan ini turut menganggu gugat keharmonian sosial dalam masyarakat Malaysia apabila berjaya memperdaya wanita tempatan untuk menjadi teman wanita lantas membawa kepada masalah baru iaitu anak luar nikah.
Oleh itu, pihak PPIM dan beberapa NGO lain menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi membendung gejala negatif ini dari terus berlaku.
* Satu sidang media akan diadakan esok (28 April 2015) bagi memperincikan usul yang akan dibawa mereka.