2605) MYNEWSHUB -28/04/15 – Ketatkan Kemasukan Awang Hitam Kaki Penipu & Maksiat
29 Apr 2015
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) agar mengetatkan pengambilan pelajar asing terutamanya warga Afrika.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nazim Johan, kebanjiran ‘awang hitam’ di negara ini mampu mengancam penduduk tempatan kerana sebahagian mereka datang bukanlah untuk menuntut ilmu tetapi menjalankan aktiviti tidak sihat.
Ujar Nazim, “PPIM terima banyak aduan berkenaan warga Afrika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Malah ramai antara mereka yang aktif dengan kes penipuan Internet dan bersekududukan dengan warga tempatan. Ini yang merisaukan kita.”
Menurutnya lagi, kebanyakan warga Afrika berjaya masuk ke negara ini melalui visa pelajar namun ada yang hilang tanpa dapat dikesan selepas tamat semester pertama.
Dalam pada itu, Nazim turut berkata, pihak universiti mahupun kolej haruslah memaklumkan kepada pihak Imigresen berkaitan lokasi tempat tinggal mereka agar mudah dijejaki.
“PPIM menggesa supaya institut pengajian tinggi dan swasta melaporkan kehilangan mereka kepada Kementerian Pendidikan supaya hal ini dapat dibendung.
“Kemasukan mereka perlu dikaji semula dan kami berharap agar kelulusan pengambilan warga Afrika juga diteliti semula dan syarat-syaratnya diperketat.
“Kami juga menyarankan agar pemilik rumah jangan berurusan dengan mereka. Jangan menyewakan rumah kepada mereka kerana mereka beroperasi di rumah untuk menjalankan kerja-kerja penipuan Internet dan ada yang tak bayar sewa rumah.”
Antara lain, aduan yang diterima turut berkaitan dengan warga Afrika yang menggunakan akaun bank milik warga tempatan yang akhirnya menyebabkan pemilik akaun tersebut ditangkap.
“Orang itu pun dah lari ke luar negara selepas pemilik akaun itu ditangkap dan dia juga meninggalkan dua orang anak. Selain itu, kami juga menerima aduan bahawa seorang ustaz dan tok imam juga ditipu hampir RM800,000. Mereka sangat bijak.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Foto: RIZA RAZAK
Post Views: 126