Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan dibuat selepas pihaknya membuat kajian menyeluruh ke atas Seksyen 375 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah rogol, yang tidak pernah dipinda sejak 58 tahun lepas.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa serta wakil Yayasan Patriot Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Community Policing Malaysia.
Pada majlis itu, Lans Koperal Al Aliff Al Zam dan Konstabel Mohd Rasyidi Ismail dianugerahkan sijil penghargaan, wang tunai serta cenderahati di atas jasa mereka menyelamatkan nyawa seorang pemandu terperangkap dalam kenderaan yang terbakar di Lebuhraya Sprint, 1 Mei lepas. – Bernama
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/cadang-pinda-undang-undang-jenayah-seksual-1.390203