Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2577) UTUSAN MALAYSIA – 20/2/16- LEGAKAN KERESAHAN RAKYAT
20 Feb 2016

“ISU PENGAMBILAN PEKERJA ASING TERMASUK BANGLADESH”
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan penangguhan itu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kegelisahan rakyat walaupun cadangan asal untuk membawa masuk pekerja asing itu merupakan keperluan industri.
Berikutan itu katanya, kerajaan perlu menyemak semula keperluan sebenar industri mengikut permintaan sektor-sektor yang benar-benar memerlukan berdasarkan kajian yang dibuat dan bukannya dianggarkan secara rambang.
“Rakyat juga perlu faham kerajaan bukannya suka-suka mahu membawa masuk pekerja asing kerana ia adalah keperluan industri yang tidak ada rakyat tempatan mahu bekerja.
“Namun kita harap kerajaan boleh membuat tapisan yang jelas berapa ramai pekerja asing yang betul-betul diperlukan,” katanya.