Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2786) DENDA JIKA MEMBAZIR PADA BULAN RAMADAN, GESA PPIM – BORNEO POST ONLINE – 31/5/16
31 May 2016

Hotel atau restoran boleh lakukan alternatif lain elak bazir

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengusaha hotel atau restoran yang menawarkan hidangan bufet berbuka puasa agar mengenakan denda ke atas mereka yang membazir sepanjang bulan Ramadan ini.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tersebut perlu kerana pembaziran merupakan budaya yang merugikan selain ia menjejaskan kemanisan ibadah puasa.
“Selain mendenda pelanggan, hotel juga boleh mengedarkan makanan (makanan yang tidak disentuh) kepada mereka yang memerlukan seperti pelajar, golongan gelandangan, rumah kebajikan atau dihantar ke masjid,” katanya pada sidang media ‘Elak pembaziran buffet Ramadan, pihak berkuasa tempatan diminta kuat kuasa denda’ di sini semalam.
Beliau berkata, pengusaha juga boleh menyediakan alternatif lain seperti membungkusnya agar pelanggan boleh membawa pulang makanan yang tidak habis dimakan.
“Sebagai langkah untuk mengawal dan mengurangkan pembaziran ini, saya cadangkan agar kerajaan wujudkan garis panduan dan polisi berhubung pembaziran makanan dan menubuhkan satu jawatankuasa untuk kendalikannya,” katanya.
Nadzim berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jumaat lepas bagi mencari kaedah terbaik mengurangkan pembaziran pada bulan Ramadan. — Bernama