Tujuh pusat hiburan keluarga, snuker baharu didakwa hanya samaran. Sebelum ini kawasan Taman Shamelin Perkasa, di sini terkenal dengan kawasan perindustrian namun jolokan itu kian terhapus selepas lokasi itu semakin membangun. Kepesatan pembangunan itu juga mengubah persekitaran tersebut sehingga dikatakan bakal menjadi ‘lubuk’ kepada pusat hiburan keluarga dan snuker.
Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan (tiga dari kiri) bersama Dato’ Nadzim Johan melihat salah sebuah mesin judi ketika menyerbu sebuah premis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebanyak tujuh pusat hiburan keluarga dan snuker mula beroperasi di kawasan berkenaan.
sebahagian peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di premis perjudian tersebut