Penyerahan MoU antara pihak Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan masalah ‘tangguh kes’ syariah diselesaikan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, siang tadi. |
Presiden PGSM, Musa Awang berkata kira-kira 27,000 kes berkaitan masalah kekeluargaan dilapor tahun lepas dengan 10 peratus daripada jumlah kes masih dalam keadaan tertunggak.
Beliau menyarankan agar pihak Baitulmal turut memberi bantuan kepada anggota masyarakat yang menghadapi masalah kekeluargaan.
Sumber: BERNAMA