Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2853) PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN TAK ADA OTAK?
23 Sep 2015

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyelar sikap penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ‘zalim’ kerana kadang kala tidak menggunakan budi bicaranya di dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terutamanya berkaitan sitaan kenderaan.

Antara aduan yang terbaru diterima PPIM adalah daripada seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Kabeer, 35 yang mendakwa bahawa sudah lebih dua minggu disita oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas kesalahan “mempunyai niat hendak membuang sampah”.

BACA ARTIKEL PENUH: http://www.ppim.org.my/aduan-pilihan-penguatkuasa-majlis/

Lori milik pengadu yang disita MPS

Nadzim juga menasihatkan supaya anggota-anggota PBT perlu ‘guna otak’ sebelum bertindak dan perlu mengikut garis panduan SOP yang telah ditetapkan.
“Bayangkan di dalam tempoh lori itu dirampas, bagaimana mereka hendak mencari rezeki dan membayar ansuran bulanan mereka, jika tempoh lori itu ditahan sebegitu lama. Mereka ini adalah usahawan dan bekerja sendiri dan itulah punca pendapatan dan rezeki mereka ujarnya. Kita tidak menghalang operasi dan penguatkuasaan dijalankan, tetapi biarlah mengikut garis pandauan dan SOP yang telah ditetapkan.

SERU PBT LEBIH ‘BEROTAK’ LAKSANAKAN PENGUATKUASAAN DAN GESA BUKA PINTU RUNDINGAN KEPADA USAHAWAN “FOOD TRUCK”

ramai peniaga dan usahawan “Food Truck”juga datang mengadu dan mengeluh kepada kami apabila tindakan dari pihak berkuasa yang menahan dan menyita lori-lori mereka. lebih menyedihkan mereka juga langsung tidak dibenarkan untuk mengeluarkan bahan mentah (makanan) dari lori mereka yang telah dirampas sepanjang tempoh ianya ditahan atau disita dan bayangkan kerugian yang mereka alami ini.

“kita memerlukan Penguatkuasa yang mempunyai budi bicara dan bahasa, dan kita perlu mempunyai Penguatkuasa yang ada otak” kata Nadzim

” pengusaha Food truck ini mencari rezeki yang halal, jadi kami di PPIM menyeru pihak PBT ada garis panduan dan membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan masalah peniaga ini ujarnya.

Pihak PBT lain juga harus mencontohi cara DBKL yang membuka pintu rundingan kepada peniaga-peniaga “Food Truck” ini agar masalah dan aduan dari orang ramai dapat diatasi dan peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka.  -ADMIN