Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
343) Bela hak pengguna Islam ASEAN
23 Jul 2011

TUNGKU AZWIL (kanan) bersama (tiga dari kiri) Abdul Rahim, Dr Ary Ginanjar dan Syeikh Hasbullah pada majlis pelantikan penasihat dan Konsultan Jeneral di Indonesia oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

PPIM akan lancar gerakan di negara serantau tingkatkan produk halal 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan gerakan pengguna Islam di rantau ASEAN bagi membela hak dan mengembalikan maruah umat Islam menerusi pelaksanaan aktiviti proaktif dan strategik.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata gerakan itu membabitkan negara yang mempunyai pengguna Islam terbesar di dunia iaitu Indonesia sebelum meneroka ke Singapura, Filipina dan Thailand dalam masa terdekat.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya menjalin kerjasama dengan ESQ Training dan Ikatan Cendekiawan Muslim di Indonesia serta Pertubuhan Pemuda Islam di Singapura dengan aktiviti dijangka dilaksana selepas Ramadan ini.

“Kita sudah lama didedah dengan tipu helah Yahudi termasuk dalam aspek keperluan produk halal. Menerusi gabungan ini, kami mahu mewujudkan kalangan usahawan Islam yang dapat memenuhi kehendak pengguna di ASEAN dan global.

“Dengan penyebaran maklumat, pendidikan dan aktiviti terancang, saya yakin pengguna Islam di negara jiran akan turut menyumbang ke arah memartabatkan hak mereka sekali gus menjadi pemangkin perkembangan ekonomi umat Islam,” katanya selepas majlis pelantikan Penasihat dan Konsulat Jeneral di Indonesia, di sini semalam.

Pada majlis itu, pengasas ESQ Training, Dr Ary Ginanjar Agustian dilantik Konsulat Jeneral PPIM di Indonesia manakala Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan dipilih Penasihat PPIM bersama bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hasbullah Abd Halim. Hadir sama Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.

Sementara itu, Ary berkata, misi PPIM akan menjadi misi bersama dengan pihaknya akan mengatur aktiviti membabitkan lebih satu juta ahli ESQ di 25 daerah di Indonesia.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BelahakpenggunaIslamASEAN/Article/