360) BERITA : Rais Gagal Sahut Seruan Perdana Menteri – PPIM
04 Aug 2011
KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini secara terbuka menyatakan kekesalannya dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kerana dilihat tidak pro-aktif dan gagal menyahut hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan beban yang dihadapi rakyat.
Kes itu boleh dilihat dalam soal kenaikan caj perkhidmatan Astro di mana kementerian berkenaan seolah-olah tidak berbuat apa-apa sedangkan kabinet sudah pun memutuskan yang ia tidak boleh dilakukan stesen tersebut.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, Najib sendiri berulang kali mahu kerajaan pimpinannya mengutamakan kebajikan serta membantu meringankan beban rakyat.
Kesungguhan Najib itu, menurut Tunku Azwil, boleh dlihat apabila beliau telah menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.
” Persoalannya, apa yang Rais dan kementeriannya buat, apa yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia lakukan untuk menyokong hasrat Perdana Menteri kita itu?
” Kita (PPIM) nampak kementerian lain berlumba-lumba untuk menyahut seruan tersebut tapi kementerian yang satu lagi ini tidak ada inisiatif ke arah itu, Astro naikkan caj pun, naiklah, di sini hari ini.
Pada bkementerian tak buat apa-apa tindakan pun.
” Bahkan nak jumpa beliau pun masih tak dapat sampai sekarang,” katanya pada Mynewshub.my ulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Tunku Azwil berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.
Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televtsyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.- Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)
Post Views: 358