Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
40 ADUAN JENAMA GUNA PERKATAAN AGAMA, BANGSA – HARIAN METRO – 4/5/18
04 May 2018

Untitled-1-01

Kuala Lumpur: Pengguna yang menjadi mangsa penipuan produk menggunakan ayat atau perkataan yang menggambarkan imej Islam untuk melariskan jualan perlu tampil membuat laporan supaya tindakan boleh diambil terhadap pengusaha produk berkenaan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata pihaknya menerima lebih 40 aduan mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jika tiada laporan dibuat, wujud kebimbangan kegiatan tidak bertanggungjawab itu akan menjadi semakin berleluasa.

Katanya, sebagai seorang pengguna, orang ramai mempunyai hak untuk melaporkan sebarang kegiatan penipuan oleh peniaga yang cuba mengelirukan dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

“Selain daripada menjadi pengguna yang lebih bijak, masyarakat juga perlu menjadi pengguna yang berani, jika ada terlihat atau berasa ragu-ragu mengenai produk yang menggunakan ayat atau perkataan berbentuk Islam, sila tampil buat aduan.

“Tindakan ini bukan saja dapat membuka mata anggota masyarakat yang lain, malah ia dapat membantu agensi penguatkuasaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap produk yang terbabit,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro

40 ADUAN JENAMA GUNA PERKATAAN AGAMA, BANGSA