Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“500 TRAK BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DISEKAT ANGKARA ISRAEL” – TOQQI – SIDANG MEDIA PPIM – 14/11/2023
15 Nov 2023

Putrajaya : Semua negara Islam perlu bersatu hati untuk menyokong usaha menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin dan digesa untuk membuka sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, tindakan yang tidak adil dan tidak berperikemanusiaan ini adalah satu tindakan yang amat melampau oleh rejim Zionis terhadap Palestin tambah pula kini Palestin berdepan dengan isu pembunuhan beramai-ramai sekaligus ratusan lori yang membawa barang keperluan termasuk makanan dan ubatan tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata, situasi sekatan oleh rejim Zionis ini jelas melambatkan misi bantuan kemanusiaan dan rakyat Palestin ketika ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian antarabangsa.

“Semua bantuan perubatan dengan ribuan lori sedang menunggu untuk memasuki Gaza, Toqqi amat kecewa bilamana ribuan bantuan kemanusiaan dari satu dunia dihalang untuk mereka memasuki sempadan, yang sepatutnya dikawal oleh Mesir, bukannya Zionis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media PPIM selepas Majlis Sidang Media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana petang semalam.