Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
6 PERSATUAN INDUSTRI PENGANGKUTAN DESAK SELESAIKAN SUBSIDI BAHAN API – KOSMO – 20/11/2021
22 Nov 2021

SHAH ALAM – Enam persatuan industri pengangkutan mendesak Kementerian Pengangkutan khususnya menyelesaikan masalah dihadapi mereka termasuk subsidi bahan bakar antara 25 hingga 30 peratus.

Mereka terdiri komuniti bas, lori, e-hailing, p-hailing dan teksi dari seluruh negara turut mahu wakil industri diletakkan sebagai menteri bertanggungjawab dalam kementerian berkenaan.

Yang Dipertua (YDP) Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, isu dihadapi pemain industri pengangkutan darat ini sudah berlarutan sejak sekian lama daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan terbaharu, Keluarga Malaysia.

Katanya, ini termasuk ketidaksamarataan tambang dan komisen melibatkan pemandu teksi dengan kenderaan e-hailing serta p-hailing dan keperluan mewujudkan lebih daripada satu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Hari ini enam persatuan terdiri daripada persatuan bas, lori, e-hailing, p-hailing, teksi merangkumi kereta sewa, limosin, teksi lapangan terbang seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menandatangani memorandum ini.

“Kita mempunyai 1.2 juta ahli di seluruh negara dan ini merupakan sejarah di Malaysia yang mana kita akan satukan semua komuniti persatuan pengangkutan darat ini dalam satu pasukan,” katanya pada sidang akhbar penyatuan pemain industri pengangkutan darat Malaysia di sini hari ini.

Artikel oleh: Kosmo

6 PERSATUAN INDUSTRI PENGANGKUTAN DESAK SELESAIKAN SUBSIDI BAHAN API

https://www.kosmo.com.my/2021/11/20/6-persatuan-industri-pengangkutan-desak-selesaikan-subsidi-bahan-api/