KUALA LUMPUR: Pengguna bijak berupaya membuat pertimbangan wajar sebelum menggunakan produk untuk cantik menawan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata masyarakat hari ini perlu dididik mengenal nilai positif supaya tidak mudah terpedaya.
“Kalau produk ditawarkan itu selamat, tidak mengapa…tapi jika dalam bentuk ubatan, berkait kesihatan tubuh seperti produk menguruskan badan dan kanta lekap, ada baiknya ia dipertimbangkan semula,” katanya.