759) BERITA UTUSAN MALAYSIA 10/6/13 : Tempoh ‘berdiam diri’ sudah tamat – PPIM
10 Jun 2013
KUALA LUMPUR 9 Jun –
Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan terhadap pihak yang bertindak
biadab menghina Islam sebelum pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat
satu ketetapan drastik bagi menyekat ‘gejala kurang ajar’ daripada berleluasa
di negara ini.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tempoh
‘berdiam diri’ sudah tamat kerana semakin ramai yang berani mencabar
Perlembagaan Persekutuan seperti memperlekeh Yang di-Pertuan Agong dan
terbaharu menghina Rasulullah SAW.
Walau bagaimanapun,
jelas beliau, pihaknya tidak mahu bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’ dengan
mengambil tindakan men/gatasi pihak berkuasa, namun memandangkan perkara itu
benar-benar mencabar kedudukan Islam, maka perlu diberi pengajaran sewajarnya.
“Masa untuk
berlembut sudah lepas, maka saya minta kerajaan melalui pihak berkuasa
mengambil tindakan sebelum berlaku perkara yang tidak dapat dibendung lagi.
“Jangan lagi
biarkan perkara seumpama ini berleluasa dan tindakan drastik amat perlu supaya
boleh menakutkan puak-puak tersebut yang bertindak kurang ajar,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, blog Just
Read mendedahkan seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina
Islam, selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi
Muhammad SAW.
Perbuatan biadab
oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani
didedahkan blog tersebut di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.
Post Views: 135