KUALA LANGAT – Pembukaan kedai serbaneka, 77 Halal Grocer di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang di sini bakal memenuhi keperluan pengguna, selain turut membantu memacu pasaran produk keluaran pembekal Muslim.
Berkonsepkan suci dan halal, kedai ini membekalkan produk serta makanan dingin-beku pada harga berpatutan dan berkualiti bagi memenuhi keperluan harian kira-kira 500,000 pengguna di situ.
Pengasasnya, Nor Faisal Ibrahim berkata, idea untuk membuka kedai serbaneka dengan konsep tersebut tercetus ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu berikutan kesukaran pelanggan mendapatkan bekalan.
“Sehingga kini, 77 Halal Grocer telah bekerjasama dengan 80 pembekal untuk memasarkan kira-kira 1,000 jenis produk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kedai serbaneka yang telah beroperasi sejak pertengahan Ogos lalu telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Kosmo
77 HALAL GROCER TAWAR PKS PELUANG PROMOSI PRODUK