780) ARTIKEL PILIHAN DARI HARIAN METRO 21/6/13 : Doa diamal nabi, rasul
21 Jun 2013
Dalam al-Quran
terdapat banyak ayat berkaitan doa khususnya yang diamalkan nabi dan rasul.
Mereka yang turut mengamalkannya tentu akan mendapat keberkatan. Berdasarkan
panduan itu, antara doa yang dapat dititipkan ialah:
* Doa mohon
perlindungan dan keselamatan keluarga
Wahai Tuhanku!
Ampunkanlah bagiku, bagi ibu bapaku, bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan
beriman serta bagi orang lelaki yang beriman dan perempuan beriman. Dan
janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan.
* Doa agar
diampunkan segala kesalahan lalu
Wahai Tuhan kami,
hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat
dan hanya kepada Engkaulah kami kembali.
* Doa agar dijauhkan
daripada gangguan orang kafir
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan
orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah
sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
* Doa agar
dikurniakan anak soleh
Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang yang soleh.
* Doa keamanan dan
kemakmuran negeri
Wahai Tuhanku!
Jadikanlah negeri ini aman sentosa dan berikanlah rezeki daripada berbagai
jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat di antara mereka.
* Doa memohon
kebijaksanaan dan dimasukkan ke dalam syurga
Ya Tuhanku,
berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang
yang soleh.
Jadikanlah aku buah
tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku
termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan.
* Doa agar diterima
amalan
Ya Tuhan kami,
terimalah daripada kami (amalan kami). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
* Doa agar
berkekalan mentaati Allah
Wahai Tuhan kami!
Jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu dan jadikanlah keturunan
kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu. Tunjukkanlah kepada kami cara
ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.
* Doa agar
dipertemukan jodoh
Ya Tuhanku,
janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri dan Engkaulah pewaris yang
paling baik.
* Doa untuk
mengelakkan daripada memohon suatu tidak sepatutnya
Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada memohon kepada Engkau
sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Sekiranya Engkau tidak memberi
ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan
termasuk orang-orang yang rugi.
Post Views: 196