806) BERITA HARIAN METRO 4/7/13-Gempur along habis-habisan
10 Jul 2013
Headline: Gempur
along habis-habisan
Publication: HM
Date of publication:
Jul 4, 2013
Section heading:
Main Section
Page number: 058
Byline / Author:
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Lawan
habis-habisan. Itu komitmen dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur
(PKPKL) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ceti haram atau along.
Kerjasama itu
diambil berikutan pihak berkenaan menerima banyak aduan daripada peminjam yang
terpaksa menanggung derita selepas terjerat dengan pelbagai konsep pinjaman
yang sengaja diwujudkan ceti berkenaan semata-mata mahu memberikan pinjaman
kepada orang ramai.
Langkah segera
dilaksanakan kedua-dua NGO berkenaan juga bertujuan memberi mesej kepada
masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan promosi pinjaman terutama menjelang
musim perayaan tidak lama lagi.
Ketua Aktivis PPIM
Datuk Nadzim Johan berkata, kajian pihaknya beberapa tahun lalu mendapati
operasi ceti itu dikesan semakin aktif untuk mencari mangsa yang terdesak
memerlukan wang sempena Aidilfitri, namun mengenakan caj melampau dan
membebankan peminjam.
“Kes berkaitan
along bukan perkara baru dan hampir setiap hari kita terima aduan mengenainya.
Jadi kita harap dengan kerjasama antara semua pihak, ia dapat membantu bukan
saja mangsa, malah mereka yang berhasrat membuat pinjaman.
“Dalam
kebanyakan kes, ceti berkenaan menyalahgunakan lesen diberikan kerajaan. Itu
menyebabkan caj dikenakan melampau sedangkan yang dibenarkan kerajaan untuk
pinjaman tidak bercagar hanya 18 peratus setahun,” katanya ketika ditemui
di sini, semalam.
Sementara itu,
Samsudin berkata, gabungan itu menyarankan supaya Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
ditukarkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) kerana dilihat lebih berkaitan dan mempunyai hubungan
langsung dengan pengguna.
“Kami juga
cadangkan pemberi pinjam wang berlesen ini diberikan jenama baru dengan
penubuhan Pusat Pinjaman 1Malaysia sebagai pilihan kedua kepada rakyat untuk
membuat pinjaman mudah,” katanya.
Post Views: 158