Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
814) ARTIKEL WAJIB BACA : Hadist Wajib Tahu persoalan ummat Islam
10 Jul 2013

عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « من لا
يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ، ومن لا يصبح ويمسي ناصحا لله ولرسوله ولكتابه
ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم »
Daripada Huzaifah
r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu
tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka.
Sesiapa yang ada pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya
dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari
kalangan mereka (umat Islam).” (riwayat Thabrani)
من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء
ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi
dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah
punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu
berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka
(muslim)” ( Riwayat At-Tabrani, Majma’ Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi
bertaraf Matruk)
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
 “Barang siapa
yang tidur dan tidak  mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang
urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah golongan mereka (golongan
orang-orang Islam)”.