Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
838) UTUSAN MALAYSIA 18/7/13-Apakah lagi penghinaan bakal menanti umat Islam?
19 Jul 2013

AHMAD MOHAMAD RADZI
Kubang Pas, Kedah..
YA Allah Ya Tuhanku!
Apa lagi ancaman dan penghinaan yang akan diterima oleh umatMu di tanah air
ini? Bukan niat untuk menghasut tetapi rasa terbuku yang membuak-buak. Kalaulah
negara ini negara yang tiada undang-undang, mahu rasanya mengambil tindakan di
tangan sendiri terhadap Alvin Tan dan Vivian Lee itu.
Saya membaca dan
menghayati coretan Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr.
Ahmad Zaki Ismail di Utusan Malaysia kelmarin. Saya rasa semua orang Melayu dan
Islam menyokong penuh pandangan beliau itu. Sudah tiba masanya kita bertindak
untuk mempertahankan agama Islam yang suci ini. Tidak rela lagi melihat agama
ini terus dihina dan dipijak-pijak.
Kita mengharapkan
pihak-pihak yang diberi tanggungjawab untuk membela agama kita bertindak.
Laporan demi laporan hanya sia-sia belaka malah sudah menjadi bahan lawak
jenaka. Retorik ‘siasat’ dan ‘kita akan bertindak’ sudah menjadi ungkapan.
Tetapi selepas itu ‘dibebaskan’. Kerajaan dilihat tidak berani berbuat apa-apa.
Saya adalah kelompok
rakyat yang menyokong dan pendukung kerajaan yang memerintah. Saya adalah
pekerja parti yang sentiasa bertungkus-lumus bekerja untuk memenangkan parti
setiap kali pilihan raya dengan harapan parti inilah yang akan menjadi
pelindung dan akan sentiasa mempertahankan agama dan bangsa saya. Namun saya
berasa seolah-olah harapan itu tidak tercapai.
Mungkinkah sudah sampai
masanya kita bertindak sendiri? Mahukah lagi ‘kita beronggeng, sedangkan
gendang perang sudah dipalu?’ Nampaknya api perlu dilawan dengan api.
Persatuan-persatuan dan NGO-NGO Islam perlu bangun sekarang untuk
mempertahankan agama suci kita.
Ingatkah kita lagi
kepada peristiwa ‘kepala lembu’ suatu ketika dulu? Sekali berlaku terus diambil
tindakan. Kenapa bila kita yang dihina, boleh dibiarkan begitu sahaja? Lihat
apa telah terjadi dengan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong tidak lama
dulu. Akhirnya senyap begitu sahaja.
Kerajaan jangan
terlalu banyak bertolak ansur? Kenapa dibiarkan agama kita dipijak, dihina dan
terus dihina? Bertindaklah segera sebelum nasi menjadi bubur!
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130718/fo_03/Apakah-lagi-penghinaan-bakal-menanti-umat-Islam?#ixzz2ZT7TCgAH © Utusan Melayu (M)
Bhd