Agaknya disebabkan “kebaikan JAKIM” hanya sijil halal ditarik balik, tetapi
difahamkan tiada sebarang tindakan diambil. Inilah agaknya yang
menyebabkan orang Islam dipijak-pijak kerana “baik”. Baru-baru ini YB
Menteri JAKIM, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom
membuat kenyataan supaya tindakan harus diambil terhadap mereka yang
melanggar peraturan halal yang ada.
Bulan puasa dan musim raya adalah masa untuk mengaut keuntungan berlipat
ganda yang tidak mahu dilepaskan oleh puak-puak rakus ini yang tidak segan-
segan menipu orang Islam.
Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pihak berkuasa
untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap kes-kes penghinaan
yang melibatkan sensitiviti agama sebelum ada pihak-pihak yang terlalu
kecewa mengambil tindakan di tangan sendiri yang sudah tentu akan menjadi
polemik yang semakin serius dan parah kepada perhubungan kaum yang
semakin terjejas kebelakangan ini.
Terkini, satu lagi mangsa hotel ini yang diperdaya untuk menganjurkan majlis
berbuka puasa di hotel ini adalah PERKESO yang dijadualkan mengadakan
majlis berbuka puasanya esok.
PPIM menyeru semua GLC dan para pengguna Islam dan bukan (yang cintakan
kemakmuran agar tidak lagi melanggani hotel yang tidak beretika ini dan tidak
menghormati perhubungan kaum di Malaysia) sebagai menghantar isyarat
jelas bahawa kita tidak mahu ada racun dalam perhubungan kaum di Malaysia.
PPIM mencadangkan agar logo halal syarikat yang menghina Islam, yang
mendiskriminasi umat Islam dan tidak melaksanakan hak asasi Islam DITARIK
BALIK.
PPIM juga mengharapkan JAKIM mengambil tindakan paling berat demi
kepentingan Negara ini.