Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
848) BERITA HARIAN 24/7/13-Pesakit hospital swasta dakwa tidak diberi makan sahur
29 Jul 2013

Kuala Lumpur:
Seorang pesakit di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, mendakwa
tidak dibekalkan makanan untuk bersahur sepanjang seminggu menerima rawatan di
hospital berkenaan pada Ramadan ini.
Beliau yang enggan
namanya didedahkan berkata, dia sudah meminta pihak pengurusan hospital menukar
waktu penghantaran makanan untuknya pada waktu siang kepada waktu sahur, namun
tidak dilayan.
Caj makan sama
Katanya, biarpun
pihak hospital mengesahkan beliau boleh berpuasa, masa penghantaran makanan
tetap dikekalkan pada waktu siang dan sekiranya ditolak, caj untuk makanan
tetap sama.
“Hanya isteri
yang menjaga saya dalam wad dan beliau tidak pandai memandu kereta untuk
membeli makanan di restoran berhampiran,” katanya kepada BH, semalam.
Pesakit yang enggan
namanya didedahkan mendakwa, sepanjang seminggu menerima rawatan di hospital
berkenaan, beliau dan isteri hanya bersahur dengan memakan roti untuk mengalas
perut.
Katanya, beberapa
pesakit turut menyuarakan kepadanya mengenai kesulitan mereka berpuasa
sepanjang berada di wad kerana hanya menjamah makanan yang boleh bertahan dalam
jangka masa singkat.
“Mungkin ia
dasar hospital berkenaan, namun apalah salahnya pihak pengurusan menghormati
orang Islam yang mahu menunaikan ibadah puasa sepanjang menerima rawatan,”
katanya.
Hormati pesakit
Islam
Sementara itu, Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata
pihak hospital sepatutnya menghormati pesakit Islam yang mahu berpuasa.
Katanya, ini
disebabkan tidak semua penyakit menghalang pesakitnya berpuasa seperti patah
kaki, selain ada penyakit yang memerlukan penghidapnya menunaikan puasa.

“Kami harap
pihak hospital tidak menghalang pesakit yang menerima rawatan dalam wad
daripada menunaikan ibadah puasa. Mereka perlu menukar waktu penghantaran
makanan bagi membolehkan pesakit Islam berbuka puasa dan sahur,” katanya.