861) HARIAN METRO 13/8/13-Rahsia air mata pengapit lelaki
24 Aug 2013
Kuala Lumpur:
Percintaan lebih 10 tahun seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri
dengan perkahwinan bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan
diri sebelum dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak
awal tahun lalu.
Dia kini seolah-olah
digantung tidak bertali apabila hanya dapat berkomunikasi dengan suami melalui
SMS yang ada ketikanya mengambil masa beberapa hari untuk dijawab.
Rozita, 30-an,
eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua tahun lalu berakhir begini
sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.
“Tuhan yang
tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada
suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia,
saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis.
“Semuanya
bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia
awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan
meminta saya menjaga suami dengan baik.
“Tidak lama
selepas itu, dia kerap menghubungi suami sehingga suami keluar rumah dan tidak
pulang hingga sekarang biarpun pelbagai ikhtiar sudah dilakukan,” katanya
ketika ditemui di sini, semalam.
Rozita berkata, pada
mulanya. dia tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah lama mengenali suami dan
tindak-tanduknya sama seperti lelaki normal lain.
Sebelum bernikah,
dia tidak pernah mengenali lelaki misteri itu dan hanya dimaklumkan sebagai
kenalan suami ketika melakukan persiapan perkahwinan mereka.
“Sebab itu,
saya mula syak ada yang tidak kena apabila dia menangis teresak-esak meminta
saya menjaga suami dengan baik. Selepas itu setiap hari berkali-kali telefon
suami menyebabkan perilaku berubah.
“Bukan sehari
dua saya mengenalinya. Dia berubah selepas kami bernikah. Setiap hari ada saja
SMS daripada lelaki itu sehinggakan saya terjumpa SMS yang tidak sepatutnya
dihantar daripada seorang lelaki kepada lelaki lain,” katanya.
Rozita berkata,
suaminya hanya mendiamkan diri ketika diajukan soalan berkaitan kawan lelakinya
itu.
“Sampai satu
tahap, suami saya yang mempunyai pendapatan lumayan terpaksa membuat pinjaman
along berjumlah lebih RM100,000 tanpa tujuan. Keluarga hanya tahu sebaik
didatangi along terbabit,” katanya yang merujuk kes itu kepada Penolong
Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) Shahrom Maarop.
Rozita berkata,
sebagai langkah keselamatan, dia dan keluarga mentua meminta pertolongan Ketua
Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saharudin Bakar
bagi melangsaikan semua hutang along dan ia sudah selesai.
Katanya, dia tidak
berputus asa untuk mengubati suaminya kerana terlalu sayangkan lelaki itu.
“Saya berdoa
suami berubah dan kembali ke pangkal jalan. Selagi boleh berusaha, saya akan
lakukan apa saja asalkan dia kembali seperti sedia kala,” katanya.
Post Views: 191