Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/90-orang-terima-sumbangan-hari-raya-1.490780#ixzz4jNaLCbK2
PUTRAJAYA 7 Jun – Sebanyak 90 orang golongan tidak bernasib baik menerima sumbangan zakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi daripada Bank Rakyat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini, hari ini.
Sumbangan disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam majlis berbuka puasa anjuran kementerian tersebut.
Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh.
Antara penerima sumbangan tersebut ialah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Persatuan kebajikan Baitulmakmur, Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan dan Persatuan Ibu Tunggal dan Warga Emas.
Dalam pada itu, kementerian tersebut turut menyampaikan sumbangan kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.
Selain itu, turut menerima sumbangan tersebut ialah Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah, Consumer Voice Assocation of Sarawak (Covas), Pertubuhan Pembimbing Kewangan Pengguna dan Keluarga Malaysia (KPM), Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPSWP) serta Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/90-orang-terima-sumbangan-hari-raya-1.490780#ixzz4jNaLCbK2
© Utusan Melayu (M) Bhd