Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah-suai istilah-istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian.
Setiausaha Agung IMCA, Sheikh Abd. Kareem S. Khadaeid berkata, mereka sebagai persatuan antarabangsa tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa dan hanya mengharap masyarakat Kristian menghormati agama lain terutama Islam.
“Kami yakin bahawa orang Kristian yang teguh dengan agama dan iman mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal.
“Mereka (Kristian) yang mendakwa diri mereka sebagai orang beriman perlu ikhlas dengan kebenaran itu.
“Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramic bagi Tuhan yang digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan Bahasa Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai surat terbuka kepada masyarakat Kristian di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Tegas Sheikh Abd. Kareem lagi, jika masyarakat terutama Mingguan Katholik Herald mahu menggunakan kalimah Allah dalam bibble Bahasa Malaysia mereka kenapa tidak dilakukan ke dalam bibble bahasa lain juga.
“Malah, semalam ada paderi mereka yang mengatakan ini bukan perancangan namun kajian terperinci saya di seluruh dunia sejak dahulu lagi sudah ada konsep ‘contextualization’ yang mengunakan elemen yang diamalkan Islam dan diserapkan ke dalam Kristian untuk membolehkan umat Islam yang murtad tidak kekok.
“Jadi, adakah mereka ikhlas dalam isu penggunaan kalimah Allah ini? ” tegasnya.
Menurut Sheikh Abd. Kareem, masyarakat masakini sudah terlalu banyak masalah dan tidak perlu ditambah dengan masalah baru yang mampu menggugat masa depan umat sejagat. – UTUSAN ONLINE
Datuk Nadzim: Kita harus mengekalkan kemakmuran. Kita tak mahu benda yang lebih buruk terjadi. Kita harus kekalkan kebaikan. Lihat pada sudut kemakmuran kepada generasi akan datang.
Kalau kita nak bagi nama kepada tuhan yang mulia, kita tak boleh bagi sesuka hati kita. Itu sebab orang Cina pakai Kuan Yin, Hindu pakai Vishnu.
Di Malaysia dia (orang Kristian) nak pakai Allah tapi di China lain di India lain.
Mereka memohon untuk pakai dalam bibble bahasa Melayu sahaja tidak pada bibble bahasa lain. Inilah bukti contextualization. Mereka mahukan Melayu Islam murtad.
IMCA hanya mahukan negara aman dan sejahtera. Kita umat Nabi Muhammad SAW. dia membawa rahmat kepada sekelian alam. Kami tak mahu gaduh dengan sesiapa. Kita mahu cakap kebenaran dan minta semua orang-orang yang cinta kepada tuhan tak kiralah agama apa untuk bercakap benara dan jangan buat apa-apa yang boleh bawak masalah di dunia.
Paderi-paderi, tumpulah kepada orang Kristian sahaja untuk menjadi orang Kristian yang lebih baik. Jangan timbulkan masalah lagi
Berbalik kepada kalimah Allah, memang orang Syria dan Arab Kristian guna dalam kitab mereka tapi mereka berpegang kepada satu frasa yang guna konsep dari gospel yang mengatakan He is God and God alone. Dia adalah tuhan dan tuhan sahaja. Mereka pakai Allah merujuk kepada konsep tuhan itu satu.
Orang kristian kalau nak pakai ikut kenyataan itu tidak ada masalah. Tapi mereka dan bagi interpretasi dan terjemahan daripada kenyataan itu.
Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.
Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.
Ada blog yang menunjukkan strategi mengenai contextualization yang akan menghubungkan dengan komuniti muslim