Persatuan Pengguna
Islam Malaysia, PPIM menggesa pihak bertanggungjawab, memantau dakwaan
diskriminasi jualan produk Bumiputera, di beberapa stesen minyak di ibu negara.
Ia bagi memastikan
tiada golongan yang ditindas, sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
DATUK NADZIM JOHAN /
KETUA AKTIVIS PPIM
“Saya, amat
kesal dan harap pihak MITI, KPDNKK ambik tindakan tegas, kerajaan kena
tegas”.
Sehingga kini,
pihaknya menerima 5 aduan, di mana terdapat larangan penjualan produk IKS di
beberapa stesen minyak sejak 3 bulan lalu.
Malah, ada di antara
mereka yang selama ini membekalkan produk, dibatalkan perkhidmatan tanpa
sebarang notis.