Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
955) RAKYAT NEWS 30/10/13-PPIM Sambut Baik Pemansuhan Subsidi Gula
05 Nov 2013

OLEH: Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR 30 Okt – Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan Kerajaan memansuhan subsidi gula
sebanyak 34 sen pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata,
PPIM sudah lama mengemukakan cadangan tersebut bagi mendidik masyarakat
menitikberatkan amalan kesihatan seharian.
“Kita sebenarnya setuju, kita juga
mencadangkan juga subsidi ini dimansuhkan. Pengguna perlu sentiasa peka dengan
apa yang nak dimakan, kita rasa apa yang dibuat oleh kerajaan secara tidak
langsung membantu pengguna menukar cara hidup,” katanya kepada pemberita
pada sidang media di sini hari ini.
Pada pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan subsidi gula
sebanyak 34 sen.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika
membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan
mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
Dalam perkembangan yang sama, Nadzim meminta pihak
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi berkaitan memantau pemprosesan
minyak masak yang dikitar semula.
Katanya, minyak masak yang digunapakai semula
berulang kali di beberapa buah restoran dan pasar malam telah dibeli oleh
pengutip minyak untuk dibawa ke kilang dan dikitar semula lalu dijual.
“Kita tidak tahu yang minyak masak ini telah
bercampur dengan minyak masak di kedai cina dan mereka kitar lalu dijual kepada
pengguna.
“Kita tidak tahu kebanyakan minyak masak yang
digunakan untuk menggoreng pisang adalah minyak seperti ini yang di kitar
semula,” ujarnya.
Beliau juga menambah, tindakan sebegini akan
mengancam kesihatan kepada para pengguna dan berharap kepada sesiapa yang mahu
menggunakan minyak agar berhati-hati.