10 April-Sekumpulan usahawan wanita daripada PERWANI telah mengadakan perjumpaan bersama PPIM bagi membincangkan kerjasama bagi memasarkan produk mereka.
Antara produk yang dihasilkan mereka seperti makanan sejuk beku, rendang segera, kuah rojak, biskut dan sebagainya.
PPIM akan membantu mereka dalam mengetengahkan produk-produk mereka melalui jaringan sedia ada PPIM dan ahli-ahli.