“Kandungan sewaktu trimester pertama dan awal trimester kedua kehamilan berisiko tinggi dijangkiti virus zika. Walaupun risiko lebih rendah pada trimester ketiga, virus masih boleh membawa maut kepada janin”, katanya yang juga Naib Canselor Universiti Malaya. Cadangan itu disokong seorang Ahli Panel Syariah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Halim Aikhsan, bagaimanapun pasangan perlu diberi pilihan berbuat demikian.