Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (dua dari kanan) bersama Iman Munirah (tengah)
Kuala Lumpur: Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melantik dua wanita sebagai Duta Kecil Perpaduan di luar negara.
Selain pelantikan itu, dua wanita itu, Iman Munirah Ezidy serta Marissa Edreena Manshah, masing-masing berusia 20 tahun turut dipilih menerima Anugerah Patriot daripada YPNM.
Pengarah Kreatif YPNM Yann Razal berkata, pemilihan dua bekas pelajar Kolej MARA Seremban itu adalah kerana mereka berdua mempunyai karakter dan semangat patriotisme yang wajar menjadi contoh kepada generasi muda.