Hari Raya Korban tahun ini disambut dengan begitu meriah dengan penyembelihan 14 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin, kumpulan Rohingya, mualaf dan komuniti setempat.
Aktiviti berlansung dalam suasana penuh ketaqwaan serta semangat perpaduan diantara ahli persatuan.
Program ibadah yang berlangsung di Surau Madrasatul Ittifiqayah Jalan Keramat hujung telah diadakan selepas solat sunat Aidiladha dan mendapat sokongan serta kunjungan hormat dari YB Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Kedua.
Seramai 90 petugas telah bersama-sama menjayakan aktiviti ibadah ini dengan menunjukkan satu ikatan silaturahim yang baik diantara masyarakat setempat.
dua dari kiri YB Datuk Johari Abdul Ghani bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kementerian berkenaan akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merangka rancangan jangka panjang untuk meningkatkan penghasilan ternakan lembu, yang mendapat permintaan yang meningkat setiap tahun.
“Sudah tiba masanya kita melihat bagaimana industri lembu ini dapat dipertingkatkan. Kita tidak boleh bergantung kepada lembu yang diimport sahaja kerana ia akan menyebabkan defisit kepada akaun semasa negara.
“Kita sedang melihat bagaimana kementerian Pertanian boleh membantu, seperti jenis bantuan yang diperlukan. Insya-Allah kita akan ajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kita lihat perkara ini secara spesifik,” katanya di sini, hari ini.
YB Datuk Johari yang juga ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian pada majlis ibadah aqiqah dan korban sempena Hari Raya Aidil Adha dan pra-Sambutan ulang tahun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di surau Al-Madrasatul Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini, hari ini.
Datuk Nadzim Johan ditemubual oleh media yang hadir