KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Aspek penguatkuasaan yang berterusan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dalam menangani isu kenaikan dan kekurangan minyak masak yang berlaku berikutan penarikan balik subsidi barang keperluan itu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata penguatkuasaan undang-undang perlu tegas agar tiada siapa yang boleh mengambil kesempatan terhadap barangan keperluan seperti minyak masak.
“Jika ia tidak dikuatkuasakan maka akan ada pihak sesuka hati menaikkan harga sehingga 80 peratus daripada harga sebenar dan bakal memberi impak kepada kenaikan harga makanan semasa…..http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1299117