Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2276) BERITA PPIM – 23/12/2014 – Sidang Media PPIM – Dari JIM Ke SIM
24 Dec 2014

Suruhanjaya Insolvensi Malaysia?
Dari JIM ke SIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima berbagai rungutan berkaitan kelemahan perkhidmatan yang diberi di kebanyakan pejabat Jabatan Insolvensi. Antara rungutan yang dimaksudkan adalah kesukaran mendapatkan baki akaun, kesukaran membuat bayaran selain dari satu pejabat yang ditetapkan (sedangan dunia hari ini semuanya boleh dilakukan dengan pembayaran di merata tempat dan saluran), kelewatan membuat sebarang keputusan, masalah yuran pengurusan yang dikenakan dan lain-lain.
Oleh yang demikian, berdasarkan aduan yang diterima dari berbagai pihak, bagi mengatasi kesukaran yang dilalui pihak-pihak berkaitan, satu sidang media diadakan bagi mencadangkan tindakan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan pengguna berkaitan antara lain penubuhan Suruhanjaya Insolvensi. Sidang media berkaitan telah diadakan pada :
Tarikh : 23 Disember 2014 (Selasa)
Masa : 10.30pg
Tempat : Our Private Place @ Sembang Sembang Cafe,
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.