Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
GUBAL UNDANG – UNDANG LUPUT – HARIAN METRO – 18/11/2016
19 Nov 2016

Kuala Lumpur: Perlu ada kajian semula terhadap pelaksanaan undang-undang di negara ini agar ia lebih bersifat memberi didikan, kesedaran dan keadilan sosial.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada elemen undang-undang yang sudah ‘luput’, perlu digubal semula sesuai dengan pelbagai faktor merangkumi ekonomi, sosial dan kemanusiaan.

Beliau mengulas rayuan dibuat PPIM ke atas hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhi ke atas lima sekeluarga atas kesalahan mencuri barangan kosmetik di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor, 21 Jun lalu.

Pada 3 November, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengenepikan hukuman itu dan menggantikannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Katanya, pihaknya menghormati keputusan mahkamah, namun mengambil kira faktor keadilan sosial, perlu kajian semula kerana ada usaha daripada keluarga berkenaan untuk mengembalikan barangan dicuri.

“Perlu ada keseimbangan dan kemanusiaan dalam perkara ini. Yang penting adalah kesedaran dan keinsafan, tetapi apabila ada cubaan untuk merayu semula supaya mereka ini dihukum semula adalah tidak adil,” katanya pada sidang media hari ini.