Pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya mengharamkan terus penggunaan beg plastik dan polisterina.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) , Datuk Nadzim Johan,berkata langkah itu mampu memastikan matlamat kerajaan melestarikan alam sekitar tercapai.
Beliau berkata tiada lagi pilihan kerana sudah tiba masanya Malaysia antara negara yang sedang membangun,perlu mengambil satu langkah drastik.
” Sudah lama kerajaan dan PBT menganjurkan pelbagai program dan kempen tetapi dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kesedaran masyarakat berhubung kesan jangka panjang kepada kesihatan dan alam sekitar.Rugi duit sahaja.