Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya akan mengumpulkan maklumat berkaitan sebelum merujuk kes berkenaan kepada polis dan Bank Negara untuk tindakan lanjut.
“Dalam tempoh seminggu kita terima kes membabitkan suspek sama dan kita percaya ramai lagi yang menjadi mangsa mereka. Setakat ini,modus operandi yang kita kenal pasti ialah mereka menipu kononnya untuk berurus niaga secara dalam talian sebelum menawarkan pinjaman yang tidak wujud.
“Cuma kita juga hairan bagaimana institusi kewangan boleh bersekongkol meluluskan pinjaman menggunakan pihak yang ketiga.Perkara ini kita akan rujuk kepada Bank Negara untuk memastikan tiada pengguna tertipu dengan cara licik sebegini,” katanya.