Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2205) 30/10/2014 – Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi dan Apa Itu GST dan Kesannya Kepada Pengguna
02 Nov 2014

Kuala Lumpur : Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi YPC-IT WEB
telah mengadakan seminar yang diberi nama Seminar Penerangan Rasionalisasi
Subsidi dan Apa Itu GST dan Kesannya Kepada Pengguna kali ke dua. Seminar ini
dirasmikan oleh Y  Bhg Dato Seri Syed Ali
Alhabshee, Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengerusi Yayasan
Pendidikan Cheras.
Para hadirin yang hadir
kesemuanya terdiri daripada Penolong Kanan dan kakitangan dari Jabatan
Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan (JPNWP). Hampir 350 kakitangan dan
pegawai JPN yang hadir ke seminar ini. Penceramah terdiri dari Puan Nurul Ain
Mohd Ali dan Encik Shahrudin Hamzah, KPDNKK Putrajaya.
Matlamat program adalah sebagai
medium kerjasama diantara kerajaan dan pihak NGO untuk memberi kefahaman kepada
rakyat tentang pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 14/4/2015 dan
resonalisasi GST serta medan pendekatan kearah pemerkasan PPIM/golongan
professional tentang peranan serta aktivitinya kearah pemantapan budaya bangsa
dan kepenggunaan.
Puan Nurul Ain Mohd Ali menyampaikan
penerangan tentang GST dan kefahamannya, sementara Encik Shahrudin Hamzah
menyampaikan perihal Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada hadirin.
Ceramah ini untuk menyedarkan bahawa GST ini bukan untuk membebankan rakyat
malah membantu rakyat serba sedikit.