Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan memberitahu kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme bagi mengelakkan subsidi kerajaan tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar.
” Kerajaan perlu kaji mekanismedalam kalangan pembeli agar rakyat Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya. Minyak atau barang bersubsidi perlu dikhususkan kepada rakyat di negara ini sahaja.
” Perlu juga ada permantauan kerana ketika ini warga asing yang menetap di negara ini bebas membeli barangan bersubsidi tanpa sebarang sekatan.
” Jika perkara ini dibiarkan, maka tujuan asal akan tersasar jauh dan kesannya dirasai oleh rakyat sendiri,” katanya.