Isu penjualan cecair Vitamin c secara sewenang-wenangnya menerusi laman web tidak akan selesai selagi pihak berkuasa berkaitan tidak diperuntukkan kuasa lebih luas dan disertai hukuman lebih tegas.
Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh mengambil tindakan menyekat dan menutup akaun syarikat atau individu yang menjual bahan ubat-ubatan tidak diiktiraf pihak berkuasa kesihatan itu.
Namun, tanpa kuasa lebih luas, terutama bagi mengesan dalam utama kegiatan itu, muncul lebih banyak web atau akaun baharu di laman sosial menjual bahan terbabit, termasuk syarikat atau individu yang akaun lama mereka sudah disekat oleh SKMM.
Berikut itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat perlu digubal undang-undang SKMM menambil tindakan lebih menggerunkan ke atas syarikat atau individu yang bergiat dalam aktiviti terbabit.
” Tindakan SKMM ketika ini dilihat langsung tidak menakutkan syarikat atau individu yang menjual Vitamin C atau menawarkan perkhidmatan suntikan cecair berkenaan atau produk lain secara dalam talian.
” Walaupun SKMM ada kuasa menyekat dan menutup akaun laman sosial syarikat atau individu terbabit, kuasa itu diperlekehkan pihak berkenaan yang meneruskan aktiviti menerusi akaun baharu dengan indentiti berlainan, malah lebih banyak.
” Ini pasti menyukarkan pihak berkuasa untuk ambil tindakan. Jadi, perlu digubal hukuman lebih tegas termasuk penjara mandatori supaya pihak terbabit gerun dan boleh jadikan pengajaran jika ada pihak lain menjalankan aktiviti sama,” katanya- berita selanjutnya di berita harian 4/3/2017