Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2670) HASRAT NUBHAN, FIRMAN TUNAI UMRAH TERCAPAI – UTUSAN MALAYSIA – 11/4/16
11 Apr 2016

0c00c0f0-efcf-4be1-bf12-8b020661134b
00395c5d-5ce9-49f1-b0bb-311977a5c407
Penyanyi, Nubhan Ahman, 30, dan Firman Bansir,27, menegaskan agensi pengendali umrah, Tiram Travel Sdn Bhd tidak terbabit dalam kes penipuan pakej umrah yang membabitkan mereka baru-baru ini.
Nubhan ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini berkata, individu yang terbabit menipu jemaah umrah termasuk ahli keluarganya sebelum ini dikatakan menggunakan nama agensi berkenaan untuk meraih keuntungan.

“Individu itu menggunakan nama dan barangan dari Tiram Travel seperti beg, jadual perjalanan dan kursus sebelum ke Tanah Suci untuk mengelirukan kami.

“Pakej yang ditawarkan kepada kami juga sebenarnya tidak wujud dan kami berharap individu berkenaan tampil memohon maaf,” katanya.

a0c0f05e-9667-4ccd-b3ed-dc68b0f55fc2
Menurutnya, melalui kerjasama beberapa pihak yang membantu menyelesaikan masalah ini, dia dan Firman bersama jemaah lain berangkat ke Tanah Suci pada hari ini.
Sebelum ini, Firman dan Nubhan bersama keluarga masing-masing termasuk jemaah lain terpaksa melupakan hasrat menunaikan umrah apabila ditipu individu terbabit.
Mereka terkandas di KLIA yang sepatutnya berangkat ke Makkah jam 8.45 malam pada 1 April lalu.

a884e7c4-4582-4e46-8820-f45d7da563b3
c7baf98c-f530-4eac-ac48-410c66727306
d464a899-240b-4995-9e49-25af48be3bba
e43c6e17-3a4e-4998-9edb-97c367a08b87

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/