Elak pengeluar manipulasi jenama untuk kelirukan pengguna Islam
Kuala Lumpur: Penggunaan sesuatu lambang yang boleh mempengaruhi atau memperdaya pengguna terutama umat Islam, wajar dilarang penggunaannya di negara ini.
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, berkata berlaku manipulasi jenama atau lambang oleh sesetengah pengeluar dengan tujuan menarik pengguna Islam membeli produk mereka.
Berikutan itu katanya, pengguna perlu berhati-hati kerana tidak bermakna sesuatu produk yang menggunakan lambang berkaitan Islam, adalah suci dan halal.
Tipu pengguna
“Sekiranya sesuatu lambang digunakan pada produk boleh mempengaruhi pengguna hingga mereka tertipu, maka ia wajar dilarang.”
“Barangan yang memiliki tanda halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang boleh dipercayai halal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perbuatan ini jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan sewajarnya tindakan tegas diambil ke atas pengusaha terbabit.
BERITA DARI :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaranggunalambangIslam/Article/
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/