Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NAK KERJA PUN KENA BAYAR KE? – 3/5/2017
03 May 2017

3 Mei 2017– Sidang Media “Nak Kerja Pun Kena Bayar Ke”-PPIM “Anda memerlukan pekerjaan? Berminat untuk bekerja di kapal persiaran bertaraf antarabangsa? Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 21-30 tahun. Mohon segera!”.

Itulah paparan iklan yang telah disebarkan melalui laman sosial Facebook yang telah menarik perhatian ramai anak-anak muda untuk menyertai pekerjaan ini. Agensi terbabit telah menawarkan gaji yang sangat lumayan iaitu minima 2 hingga 3 ribu USD untuk mengaburi mata anak-anak muda

Toqqi mengulas, pada zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, ramai anak muda yang amat memerlukan pekerjaan tetapi apabila mereka ternampak sesuatu peluang pekerjaan yang ditawarkan lebih baik oleh sesetengah agensi di depan mata, mereka terus memohon tanpa menyelidik dahulu agensi tersebut.

1

“Kita haruslah lebih berhati-hati dengan laman media sosial sekarang ini kerana terdapat banyak kes penipuan yang telah berlaku melibatkan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah” kata Toqqi.

“Saya mendapat tahu info pekerjaan ini dari laman sosial Facebook pada hujung Februari 2016 dan apa yang menarik perhatian saya adalah ketika itu memberi jaminan 100% peluang pekerjaan dalam bidang perkapalan dan saya tanpa syak terus menghubungi agensi tersebut” Kata Azrul Mohd Hassim,39, yang merupakan salah seorang mangsa yang ditipu agensi tersebut.

“Saya dikehendaki untuk membayar sebanyak RM 500 bagi pendaftaran permulaan dan bayaran seterusnya sebanyak RM 2500 untuk proses selanjutnya” Tambahan beliau.

Mangsa kedua iaitu Syed Abd Maliq berkata, beliau telah menyemak SSM untuk agensi tersebut sebelum ini tetapi nombor yang didaftarkan tidak sama dengan akaun bank yang seperti yang dinyatakan di bawah syarikat tersebut. Menurutnya lagi, akaun bank yang digunakan tersebut telah pun ditutup disebabkan muflis.

“Kami turut dikejutkan bahawa agensi tersebut masih lagi beroperasi seperti biasa dan merekrut lebih ramai lagi orang pada bulan lepas, sedangkan mereka telah disiasat oleh KPDNKK berkenaan kes penipuan ini. Mereka seolah-olah tidak takut akan perbuatan mereka”,katanya.

5

Turut hadir di persidangan tersebut iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas, Encik Muhammad Yusuf Azmi. “Kita minta mangsa-mangsa yang telah ditipu ini untuk datang beramai-ramai membuat aduan kepada pihak polis dan turut meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini supaya tidak akan menambah bilangan mangsa yang ditipu” ujar beliau.

Toqqi menyarankan agar orang muda di luar sana dapat menyelidik terlebih dahulu mengenai pekerjaan yang ditawarkan sebelum memohon dan jika ada syarat-syarat pelik yang dipinta, mohon lapor pada pihak berkuasa.

2 4