Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1954)HARIAN METRO 28/05/2014 – Perlu tindakan tegas
28 May 2014

Headline: Perlu tindakan tegas
Publication: HM
Date of publication: May 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 038

Kuala Lumpur: “Perlu satu tindakan konkrit untuk menghapuskan judi Internet ini supaya terus lupus.

“Ia bukan saja merosakkan sistem kehidupan secara perlahan-lahan, malah kesannya turut mengakibatkan elemen kasih sayang dan kekeluargaan di dalam masyarakat menjadi pudar akibat ketagihan berjudi. Kita gesa pihak berkuasa bertindak tegas,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (gambar).

Menurutnya, isu judi Internet bukan perkara baru, malah ia sudah dibangkit sejak dulu memandangkan kesan diterima individu sampai ke tahap meruntuhkan rumah tangga.

“Kita minta tindakan lebih tegas dikenakan sama ada kepada tauke, pekerja atau pemain judi itu sendiri kerana ia tidak membawa kepada pembinaan masyarakat secara lebih holistik sebaliknya menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan,” katanya.