Putrajaya: Satu perjumpaan telah diadakan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Dato’ Nadzim Johan, Ketua Penyelidik Ekonomi, En Azzad Bin Abdul Razak dan Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi Negara,En Saiful. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan tentang masalah ekonomi dan hala tuju negara dalam menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pengguna pada masa sekarang.
Isu kenaikan kos sara hidup, kos inflasi dan persepsi masyakat mengenai dasar ekonomi serta kerajaan turut dibincangkan di dalam perjumpaan ini. PPIM turut membawa satu lagi isu yang hangat iaitu isu peniaga menaikkan harga barangan secara drastik serta kurangnya penglibatan orang melayu dalam rangkaian perniagaan di negara kita.
Di dalam perbincangan tersebut, PPIM telah mencadangkan supaya boleh ditubuhkan satu badan yang memberi kuasa kepada pihak PPIM dalam membantu memberikan penerangan, perfahaman mengenai hala tuju kerajaan dalam membantu masyarakat dan menjadi orang tengah di antara pihak kerajaan serta masyarakat.