1888) MAJLIS SALAWAT DAN SALAM PERDANA – GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH
08 May 2014
MAJLIS SALAWAT
& SALAM PERDANA – GEMA CINTA 5
NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH
PPIM – 8/5/2014 Telah diadakan satu sidang media untuk mewawarkan satu majlis keagamaan iaitu Dunia sekarang digemparkan dengan
peperangan dan pembunuhan terbuka. Peperangan ini pula kebanyakan melibatkan
orang islam. Pihak musuh islam telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar
bekenaan islam. Akan tetapi, umat Islam dibunuh dengan tampa ada nilai di negara-negara
Islam seperti Iraq, Palestine dan banyak lagi. Mereka mengatakan bahawa islam ini adalah
pengganas, jahat dan sebagainya. Pada hakikatnya, islam adalah agama yang
menerapkan kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertoleransi.
Dengan adanya kes seperti ini, Pertubuhan Rahmatan
Lil ‘Alamin mengumpulkan ulama ulama dari 5 negara dan ia terdiri dari Malaysia,
Brunei, Acheh, Pakistan dan India untuk menunjukkan kesatuan umat islam dalam
Majlis Selawat Dan Salam Perdana ‘Gema Cinta 5 Negara Untuk Mu Ya Nabiballah’
Didalam majlis ini, mereka akan mencurahkan
ilmu berkenaan kesedaran tentang salawat dan banyak lagi. Saelain itu mengajar
cara selawat dengan betul yang jarang diajar oleh ulama kitab. Disini diterangkan
bahawa perbezaan antara ulama kitab dengan ulama billah. Ulama kitab mengajar
tentang Al-Quran, Islam, Syariah dan lain-lain yang bedasarkan kitab. Namun
ulama billah pula mengajar cara mendekati Allah, mengenal diri dan banyak lagi
yang tiada didalam kitab-kitab.
Tetamu VIP yang dijempun ke majlis ini adalah
Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menjangka seramai 3000 orang akan menghadiri
majlis ini. Pada masa ini, dijangka 100 orang dari dari Acheh akan hadir ke
majlis ini. Ini kerana, pada minggu lepas sambutan majlis ini di Acheh disambut
meriah oleh rakyat-rakyat disana.
Dengan ini pihak PPIM menyokong penuh
majlis ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk membanjiri majlis ibadah lagi
berilmu seperti ini.
Post Views: 166