Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1873) PPIM 29/04/2014 – BANTAHAN TERHADAP PERHIMPUNAN 1 MEI 2014
29 Apr 2014

29/04/2014 – Beberapa NGO telah membuat satu laporan berkenaan perhimpunan yang akan dilakukan pada 1 Mei 2014. Dengan adanya perhimpunan ini, ia mengundang banyak kerugian kepada perniaga dan juga mempamerkan imej buruk
dimata dunia. Terdapat banyak lagi cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat selain dari
perhimpunan ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) dan beberapa NGO lain membantah perhimpunan ini. 
Sebahagian beberapa NGO
seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jalan Tar Retail Association (JTARA), Persatuan Pengguna
Pahang, Malaysian Media Foundation (MMF), Batas Malaysia
(Bersekutu) dan ramai lagi tidak bersetuju dengan perhimpunan ini.
En Mustafa yang mewakili PPIM mengatakan bahawa PPIM
membantah perhimpunan 1 Mei ini yang diaturkan oleh  S.Arutchelvan, Jawatankuasa 1 Mei. Seperti
yang sedia maklum, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata
mereka tidak membenarkan perhimpunan ini dilakukan kerana perhimpunan ini tidak
dibenarkan oleh pihak KLCC.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib
mengatakan bahawa perhimpunan 1 mei ini adalah salah satu agenda politik
semata-mata. Jika dilihat Negara-negara yang mengamalkan GST ini, tidak ada Negara
yang bankrap atas penggunaan GST ini. Ini telah membuktikan bahawa perhimpunan
1 Mei ini adalah salah satu agenda politik semata-mata.
Selain itu Datuk Vk. Liew President Retail Association
(JTarra) mengatakan bahawa dengan adanya perhimpunan ini, ia akan merugikan
ribuan ringgit dan akan memburukkan imaj jalan tar ini. 
Kita sudah lihat apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih yang telah diadakan dahulu. pada awalnya perhimpunan itu dilakukan secara aman dan lama kelamaan ia akan bertukar menjadi ganas. 

————————————————————————————————–