Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa campur tangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung tindakan syarikat Caltex Malaysia yang menghentikan kontrak terhadap 15 stesennya tanpa sebarang alasan.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, KPDNKK perlu membuka mata terhadap perkara itu, kerana ia menyebabkan pengusaha stesen mengalami kerugian besar, sekali gus 150 individu kehilangan pekerja.
“Kami tidak salahkan KPDNKK kerana kemungkinan masalah ini tidak sampai ke pengetahuan pihak tertinggi.
“Bagaimanapun kami berharap isu ini dapat perhatian kerana nasib pengusaha stesen dan pekerja yang teraniyai ini memerlukan pembelaan,” katanya pada sidang media, semalam.
http://www.sinar.tv/berita/ppim-minta-kpdnkk-campur-tangan-1.706660
PPIM minta KPDNKK campur tangan oleh sinartv