1176) BERITA HARIAN 27/2/2014 ISU PELEKAT HOLOGRAM PADA NASKHAH AL QURAN DIBAWA KE KABINET – ZAHID
28 Feb 2014
PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran
yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac ini akan dibawa ke Kabinet dalam masa
terdekat bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata
kerajaan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM)
berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk terdedah kepada cetak rompak
seperti yang dihadapi kementerian dan agensi lain sebelum ini.
“Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan
memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan
untuk ‘memperlahankan’ penguatkuasaan itu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan
PQM di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang
mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang
dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.
Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat
itu pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga
kitab suci itu meningkat sehingga 50 peratus.
Sementara itu, Zahid berkata, Jabatan Imigresen akan melaksanakan
penguatkuasaan ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing sama ada
menggunakan lesen rakyat tempatan atau melalui cara lain
Post Views: 129