Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SEKAT EKONOMI MYANMAR – HARIAN METRO – 8/9/2017
08 Sep 2017

KERAJAAN digesa mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar sebagai menunjukkan bantahan ke atas krisis yang berlaku di Rakhine ketika ini.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, langkah itu difikirkan munasabah ketika banyak tuntutan daripada pelbagai pihak tidak dipedulikan Myanmar, malah pengusiran masih berterusan berlaku di sana.

Katanya, ia perlu dilaksanakan di semua peringkat termasuk pelbagai agensi berkaitan termasuk orang perseorangan dalam usaha menyuarakan pendirian Malaysia dalam isu ini.

“Sekatan dan boikot ini adalah senjata sivil. Kita bukan anti membabi buta.

“PPIM mengikuti secara dekat isu ini dan mendapati usaha diplomatik ini juga gagal.

“PPIM menyeru umat Islam di negara ini untuk menyahut usaha pelbagai pihak untuk memberi bantuan kemanusiaan sedaya mungkin, kerana kalau bukan kita, siapa lagi. Kita juga akan bersama dalam kempen bantuan ini dalam masa terdekat,” katanya kepada Harian Metro

Snapshot

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/261284/tuntut-sekatan-ekonomi-ke-atas-myanmar