1154) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM NAFI TAWAR GANJARAN TAMPAR TERESA KOK
13 Feb 2014
KUALA LUMPUR 12 Feb – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) menyangkal ada sebarang kaitan dengan tawaran kepada orang ramai untuk
menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada perhimpunan di hadapan bangunan
Maybank minggu lalu.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma’maor Osman berkata,
penglibatan aktivis PPIM, Mustaffa Hamzah pada perhimpunan tersebut tidak sama
sekali mewakili badan tersebut.
“Saya menafikan sepenuhnya penglibatan PPIM untuk
tawarkan sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok, kerana PPIM bukan persatuan
yang berpendirian demikian,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Beliau turut mempertikaikan tindakan kumpulan NGO tersebut
apabila menyifatkan perbuatan menyembelih dua ekor ayam dan tawaran menampar
Kok tidak selari dengan dasar undang-undang.
“Benda ini tidak ada legal standing, kenapa nak bagi
hadiah kepada orang yang buat kesalahan dari segi undang-undang.
“Bila-bila masa pun kita tak setuju sesiapa yang
melanggar undang-undang diberi anugerah,” katanya.
Bagaimanapun beliau menegaskan, PPIM tetap berpendirian
membantah tindakan Teresa Kok Biarpun yang menghina negara dengan menerbitkan
klip video bertajuk, “Onederful Malaysia CNY 2014”.
Katanya, Teresa Kok sewajarnya memikirkan kesan yang bakal
berlaku terhadap dirinya sebelum bertindak mengeluarkan klip video yang sama
sekalui tidak menguntungkan rakyat.
Minggu lalu sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Majlis
Jemaah NGO Islam mengadakan protes di hadapan Menara Maybank di Kuala Lumpur
sebagai bantahan ke atas video Kok.
Perhimpunan yang disertai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) Melayu itu dianjurkan sebarang amaran keras kepada pemimpin-pemimpin
politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa Melayu dan agama
Islam.
Post Views: 153